Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK)

OBJEKTIF KGSK

Objektif pelaksanaan KGSK adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru:
1. Guru Cuti Menunaikan Haji
2. Guru Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan

Monday, December 15, 2008

TAWARAN MENJADI AHLI KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN(KGSK)

KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN (KGSK) ialah satu konsep baru bagi memenuhi keperluan guru ganti di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan bagi daerah Gua Musang. Semua warga Malaysia yang berpengalaman dalam bidang pendidikan dipelawa menjadi ahli KGSK.

1. Kelayakan:
1.1 Guru yang telah bersara wajib.
1.2 Guru yang telah bersara pilihan.
1.3 Pemegang kelayakan ikhtisas pendidikan.
1.4 Bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih.
1.5 Umur tidak melebihi 65 tahun.
1.6 Sihat tubuh badan.
1.7 Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik

2. Pembayaran Elaun:
2.1 Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
3 1994 dan P.P. Bil. 4 (Pindaan) Tahun 2000.
2.2 Elaun dibayar mengikut gaji permulaan
kelayakan DGA29/ DG41
2.3 Layak mendapat ITKA.
2.4 KWSP bagi yang layak (kecuali persara).

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DENGAN DATANG KE PEJABAT PPD GUA MUSANG.
UNTUK MENDAFTAR SECARA ONLINE, SILA KLIK DISINI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
PEGAWAI KHAS KGSK PPD GUA MUSANG
Mohd Yusof Bin Saleh
019-9734590

Saturday, June 21, 2008

Iklan Jawatan Kosong Sebagai Guru GSTT

Pengisian Kekosongan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) Di Sekolah - Menengah dan Rendah Negeri Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan GURU SISWAZAH TIDAK TERLATIH ( GSTT ) SISWAZAH di sekolah rendah negeri Kelantan Tahun 2008 bagi mengajar matapelajaran : BI/MATEMATIK/KEMAHIRAN HIDUP

Borang boleh didapati di SEMUA PPD mulai 19 Jun 2008

Tarikh Temuduga : 25 dan 26 Jun 2008

Tempat : PPD daerah masing masing

Sunday, June 15, 2008

Graduan guru diserap ke Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan menyerapkan graduan pendidikan menganggur dalam skim Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) sebagai langkah penyelesaian jangka pendek sebelum ditawarkan untuk penempatan tetap.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Bahagian Sekolah), Datuk Kusaini Hasbullah, berkata mereka yang menyertai skim KGSK diminta bertugas sepanjang tempoh guru meninggalkan sekolah atas urusan rasmi seperti berkursus dan menghadiri mesyuarat.

Bercakap kepada Berita Harian di pejabatnya semalam, beliau berkata guru KGSK dibayar elaun harian mengikut jumlah hari bertugas, iaitu RM78 sehari untuk guru siswazah dan RM69 bagi guru bukan siswazah.

Beliau diminta mengulas isu graduan pendidikan bukan opsyen kritikal dari beberapa universiti awam yang masih tidak ditempatkan di mana-mana sekolah selepas menamatkan pengajian.

Akhbar semalam melaporkan, kementerian bersetuju melatih semula graduan pendidikan bukan opsyen kritikal yang masih menganggur, termasuk bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Bahagian Pendidikan Guru sedang merangka mekanisme latihan yang dijangka mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan.

Kusaini juga berkata, graduan yang mahu berdaftar dengan KGSK mesti guru terlatih seperti graduan pendidikan atau pesara guru.

"Skim ini diuruskan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan graduan yang berminat hendaklah berdaftar dengan PPD sementara menunggu penempatan tetap.

"Mereka boleh mendapat pendapatan antara RM600 hingga RM700 sebulan jika sanggup mengajar di beberapa sekolah berdasarkan keperluan bagi menggantikan guru secara sementara," katanya.

Bagi penyelesaian jangka panjang, beliau berkata, kementerian akan menambahbaik mekanisme unjuran keperluan guru setiap tahun yang antara lain mengkehendaki bakal guru membuat dua opsyen.

"Sebagai contoh, pelajar yang mengkhusus dalam Pengajian Melayu juga diminta mengambil opsyen Bahasa Melayu (BM) atau Sejarah," katanya.

Kusaini berkata, opsyen itu membolehkan bakal guru mengajar mana-mana mata pelajaran mengikut keperluan semasa sekolah.

Selain dua opsyen, kementerian perlu membuat unjuran keperluan guru pada setiap tahun mengikut kekosongan di sekolah atau kenaikan pangkat.

"Ketika ini, unjuran dibuat dengan anggaran keperluan guru dalam masa empat atau tiga tahun akan datang, iaitu berasaskan tempoh pengajian pelajar di universiti atau Institut Pendidikan Guru," katanya.

Beliau berkata, unjuran tahunan diperkecilkan mengikut jenis sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

"Unjuran peringkat sekolah kemudian dikecilkan lagi kepada jumlah berdasarkan keperluan mata pelajaran," katanya.

Kusaini berkata, kaedah ketiga ialah menangani masalah salah-padan dalam penempatan guru.


SUMBER: BHARIAN, 19 MAY 2006

KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN

Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) adalah satu jawatan yang diwujudkan untuk mengatasi masalah kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan iktisas atau pengalaman.

Kelayakan.
Ahli Kgsk adalah terdiri daripada
a)Guru Bersara Wajib / Pilihan
b)Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan ( Diploma Perguruan Malaysia atau Diploma Pendidikan ) Contoh Siswazah Lepasan
UPSI atau Siswazah dengan Pendidikan mana-mana IPT yang masih belum ditempatkan di sekolah.
c) Bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman mengajar.